
Terlebih dahulu jom saya ceritakan serba sedikit mengenai Produk Noni ini,bagi memudahkan anda membuat penilaian anda sendiri
Buah Mengkudu yang juga disebut sebagai buah noni oleh masyarakat barat atau nama saintifiknya “Morinda Citrifolia” diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar ratu tumbuhan.
Kajian saintifik mengenai buah mengkudu atau buah noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu. Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, Beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah noni adalah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.
Produk Noni ini juga diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin HALAL oleh JAKIM dan IFANCA dan syarikat juga mempunyai kelulusan lesen yang sah dalam menjalankan perniagaan ini.
Pati mengkudu atau noni memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman.
Penggunaan Tradisional Buah Noni di Beberapa Masyarakat di Dunia
Buah Noni banyak ditemui di beberapa negara seperti, Australia, Selandia Baru, India dan lain-lain mempunyai nama yang berbeda di setiap tempat. Walaupun begitu, masyarakat di tempat-tempat ini masing-masing menggunakan buah Noni ini sebagai ubat untuk menyembuhkan berbagai penyakit. Di Kepulauan Karibia, buah Noni disebut pohon penahan sakit (pain killer tree) kerana kegunaanya untuk meredakan rasa sakit seperti bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan lain-lain. Sedangkan di Asia Tenggara, pohon yang sering disebut "nnhau" itu digunakan untuk mengubati penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina percaya buah Noni dapat membersihkan usus terutamanya menghindari perut daripada parasit. Masyarakat Melayu baik yang berada di Malaysia mahupun Indonesia menggunakan buah Noni untuk mengubati gangguan ketika buang air kecil, diabetes, batuk, dan pendarahan. Sedangkan masyarakat Myanmar gemar pula memasak gulai buah Noni yang masih muda dan buah Noni yang telah matang akan dimakan mentah bersama garam.

Ciri-ciri anti-radikal bebas yang terdapat didalam Fed Noni, berupaya melindungi dari kerosakan jantung dan memperbaiki sistem penghadaman. Bahan-bahan aktif dalam noni juga mampu membantu merencatkan sel-sel kanser, mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi dan menigkatkan kekuatan badan menentang penyakit melalui pengukuhan sistem imunisasi badan.
Antara khasiat yang terkandung di Fed Noni/Ekstrak Noni:
| 1. Meningkatkan daya tahan tubuh |
5. Anti keradangan dan anti alergi |
| 2. Menormalkan tekanan darah |
6. Anti bakteria |
| 3. Melawan tumor dan kanser |
7. Mengawal tekanan (stress) |
| 4. Menghilangkan rasa sakit |
8. Mengawal perubahan energi tubuh |